Assalamualaikum bloggers,
Harini Dila join Kursus Penyembelihan yang dianjurkan oleh Sekretriat Kerohanian, Kolej Keris Mas, UKM. Banyak sangat input yang Dila dapat sepanjang program ni. Peserta diajar mengenai topik sembelihan daripada awal iaitu ciri-ciri binatang sembelihan yang sah sehingga akhir iaitu praktikal penyembelihan.
Objektif program ini adalah untuk mempersiapkan diri anak muda mengenai fardhu kifayah ini untuk manfaat dan kegunaan di masa hadapan.
Setelah selesai penyembelihan, para peserta juga diajar cara membersihkan bulu ayam serta organ dalamannya. Kemudian ayam-ayam tersebut dimasak dan dimakan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment