Karnival Konvokesyen UKM kali ke-45 telah berlangsung iaitu pada 26 hingga 31 Oktober 2017 bertempat di Panggung Seni, UKM.
Pihak sekretariat Karnival Konvokesyen UKM kali ke-45, menjanjikan kelainan aktiviti berbanding tahun sebelum ini pada acara majlis yang akan berlangsung dari 26 hingga 31 Oktober di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Kelainan yang bakal kami bawakan kepada pengunjung Karnival Konvokesyen UKM kali ke-45 pada tahun ini adalah pecahan 8 zon aktiviti yang menarik, disamping membahagikan tiga pentas utama berhadapan Panggung Seni” ujar Ding Chin Wei, Ketua Pengarah Sekretariat Karnival Konvokesyen UKM kali ke-45.
Selain menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung, pihak sekretariat juga turut membawakan tema karnival yang berbeza pada tahun ini hasil kolaborasi bersama sebuah syarikat konsultan Double Event Management, yang memenangi bidaan untuk pemasangan gerai pameran Karnival Konvokesyen.
Menurut salah seorang ahli jawatankuasa bahagian persembahan, Syarifah Nordin, berkata bahawa “Selain menyediakan aktiviti yang menarik, pihak sekretariat turut menjanjikan pelbagai persembahan yang berprestij dari beberapa artis terkenal tanah air”.
“Kami pihak sekretariat Karnival Konvokesyen UKM kali ke-45, menjemput seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyertai dan mengunjungi karnival sewaktu berlangsungnya karnival pada bulan hadapan”, kata Timbalan Ketua Pengarah, Aina Nadhirah.
RAMAI ARTIS YANG TERLIBAT DALAM KARNIVAL KONVOKESYEN KE -45 |
No comments:
Post a Comment