Assalamualaikum bloggers,
2nd World Art Festival merupakan sebuah festival kesenian dunia yang dianjurkan oleh pikah UKM. Festival ini merupakan kolaborasi bersama antara beberapa buah universiti di luar negara. Antara negara yang terlibat ialah Thailand, China, Somalia, Japan, Kazakstan, Philippines, Mozambique dan Mexico.
Festival ini juga bertujuan untuk mempersembahkan tarian daripada negara luar kepada penduduk tempatan khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM sendiri. 2nd World Art Festival dirasmikan oleh YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Mukhriz, Presiden Pengasas IDEAS & Felo Diraja UKM.