Monday, 23 October 2017

FARM IN THE CITY, Puchong

Assalamualaikum bloggers,
Hari ni Dila nak throwback activiti semalam with my sister n her famly... Alang2 cuti dah nk habis, akak bawa Dila pergi "Farm In The City" dekat Puchong... Mula2 igt tempat apa..haha..dah sampai baru tahu..

Tempat dia macam mini zoo...but ada juga bahagian tanaman..memang menarik kalau kita pergi dengan famly tambah2 yang ada anak kecil...

Harga tiket yang berpatutan membuatkn ramai org berkunjung kesitu...siap ada pakej untuk famly lagi tau..

For those yang tak tahu nak bawa famly g holiday kat mana...boleh la try pergi ke "Farm In The City" ni...In Sya Allah bermanfaat kepada anak2 yang sedang membesar sebab dapat lihat sendiri flora dan fauna...

Alhamdulillah, setakat ini dulu untk post kali ni okey..

Assalamualaikum :)

Friday, 20 October 2017

BUKIT AMPANG PERMAI

Assalamualaikum bloggers,
Dah lama Dila tak update blog ni.. biasa la, sibuk menghabiskn cuti dengan famly tercinta...hahah.. by now Dila dah ada kat KL, rumah my sister...smlm akak ajak pergi jalan2..tgok view KL katanya... kita pun apa lagi, ikutkn ja laaa...
Abang ipar bawa kami g Bukit Ampang Permai.. dia ckp kat situ ramai org suka pergi mlm minggu...sampai ja kat sana, mmg betul pon, ramai org kat situ...masing dengan famly and kwn2..
Macam2 jenis makanan ada kat situ..mst la kan, sampai enjoy the view with angin sepoi2 bahasa, kita boleh makan2... so, sapa2 yang belum pernah pergi ke tempat ni, boleh la bring ur  famly pegi tmpat ni...
Itu saja daripada Dila untuk post kali ni...
Assalamualaikum :)

Sunday, 8 October 2017

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA FAMILY KEROHANIAN KOLEJ KERIS MAS

Assalamualaikum bloggers,
Malam ni Dila ada program interaksi dengan family baru Dila :)

Aktiviti yang kami buat malam ni :
1. Ice Breaking
2. Pengenalan Majlis Tertinggi
3. Pembahagian kepada AJK dalam team
4. Game (Charade)

Banyak perkongsian yang diberikan oleh pengerusi..kami juga dalam proses mengenali antara 1 sama lain..

Banyak lagi program dan aktviti yang akan dijalankn pada masa akan datang..

Setakat ini dulu perkongsian pada kali ni...
Assalamualaikum :)

FOOD TRUCK FESTIVAL KOLEJ KERIS MAS

Assalamualaikum bloggers,
Dila nak share about aktiviti kolej yang sedang berlangsung skrg ni..

Karnival Food Truck
Ada beberapa buah truck yang dtg, n jual mcm2 jenis makanan.. Antaranya jenis makanan barat, makanan arab, makanan tempatan dan lain2..

Ramai org cakap roti arab sedap..tp Dila blum sempat nk cuba sendiri..hehe..

Selain tu, ada team busking jugak...terdiri dari penghuni Kolej Keris Mas sendiri..memang terbaik lah diorg..

Itu sajalah untuk post kali ni okeh
Assalamualaikum :)

MAJLIS ANGKAT SUMPAH SKUAD 13 KOR SUKSIS UKM

Assalamualaikum bloggers..
Harini dila nk share sikit..Dila terpilih untuk sertai Kor SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi).. Alhamdulillah, ini harapan mak Dila supaya Dila dpt join.. Srsly Dila bersyukur sgt dpat join... Meh Dila cerita sikit pasal SUKSIS :)

👮🏻JOM MASUK SUKSIS👮🏻‍♀

"Pembentuk jati diri, pembangunan kota negara"

Tahukah anda apa itu *Kor SUKSIS* ? 🤔

Kor SUKSIS adalah singkatan kepada SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI. Ia ditubuhkan sebagai pusat untuk Pegawai Kadet dalam kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi. Penubuhannya adalah merupakan salah satu program negara dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berperanan melatih bakal-bakal Pegawai Sukarelawan Polis dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tentang ilmu kepolisan. Aspek Perundangan penubuhan Kor SUKSIS adalah mengikut Akta Polis 1967, kuasa-kuasa penubuhan Kor Kadet Polis (bhg.) dan Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) (bhg.)

🚔 *MISI*
Menyediakan latihan kepolisan yang bermutu kepada para Pegawai Sukarelawan bagi memenuhi tuntutan kepolisan moden dan kepimpinan pendidikan selaras dengan dasar pembangunan negara.

🚓 *VISI*
Menjadikan Kor SUKSIS  sebagai Pusat Latihan Sukarelawan Polis yang bitara dan cemerlang.

✅ *Anda layak jika* .. !!!!

-Mempunyai *minat* dan dapat memberi *komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti SUKSIS*.
-warganegara Malaysia
-telah diterima sebagai    mahasiswa dan mahasiswi sepenuh masa di UKM
-berumur 18 hingga 25 tahun
-mempunyai tahap kesihatan yang baik
-tinggi tidak kurang dari 163cm (lelaki) dan 157cm (wanita)
-lilitan dada 81cm(biasa) dan 86cm (menarik nafas) lelaki sahaja
-berat tidak kurang dari 50kg(lelaki) dan 48kg (wanita)
-tidak rabun warna, lulus ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata dan sebarang alat bantuan
-mempunyai pendengaran yang baik
-BMI purata 20.0 hingga 26.9
-bebas dari tindakan jenayah dan dadah
-diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

😱 *MODUL-MODUL WAJIB KOR SUKSIS* 😎

1. LATIHAN MENEMBAK TAHUNAN
2. ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI
3. PASUKAN GERAKAN AM (PGA)
4. PERTOLONGAN CEMAS
5. KEPIMPINAN

Menarik bukan ? 😍

🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅🏅

*KELEBIHAN MENYERTAI KOR SUKSIS UKM*
- Mendapat kemudahan pakaian seragam PDRM secara *PERCUMA*
- Kokurikulum (8 jam kredit)
- Pelantikan sebagai *PEGAWAI SUKARELAWAN* semasa pentauliahan
- Diserap oleh PDRM untuk jawatan *INSPEKTOR*
- Latihan Asas Kepolisan seperti kawad kaki, perkhemahan dan seperti yang dinyatakan dalam *MODUL WAJIB* Kor SUKSIS.
- Jaminan kolej kediaman di Kolej Keris Mas sepanjang menjadi pelatih Kor SUKSIS.
- Pendedahan ilmu menjadi seorang ahli PDRM .
- Terdapat kelab khas seni mempertahankan diri *T-BATON*.
- Terdedah dengan ilmu menembak dengan menggunakan *senjata M16 dan Revolver*.

"Pembentuk jati diri, pembangunan kota negara"

"SEDIA BERKHIDMAT"

🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔🚔

*So, bagi mahasiswa & mahasiswi yang berminat, boleh la join SUKSIS dia uni masing2 ye..

Sunday, 1 October 2017

KARNIVAL SUKAN KOLEJ KERIS MAS (KS2KM)

KARNIVAL SUKAN KOLEJ KERIS MAS (KS2KM)

Assalamualaikum bloggers,
Harini Dila nak share about aktiviti kolej yang baru ja berlangsung semalam (30.09.17)
Pihak Kolej Keris Mas telah menganjurkan karnival sukan. Antara permainan yang telah dipertandingkan ialah bola jaring, bola keranjang, bola baling, fulsal, pingpong, badminton, takraw dan bola tampar. kesemua pertandingan terbuka kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Sukan ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam diri mahasiswa/i sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni Kolej Keris Mas. 

 Dila pun join acara tau..huhu.. Dila join futsal..wakil rumah biru..
even tak pandai sgt main, setakat kejar2 bola tu boleh laa..


TEAM FUTSAL 


Dila support team cheers jugak, (hot hot hot to go !!!)



okeyh, ni pic last okey..huhu

 TEAM RUMAH BIRU

\


Actually banyak sangat pengalaman yang Dila dapat dari KS2KM kali ni.. semua tu lebih kepada teamwork.. thanks alot tu PC(pemudahcara) and Felo rumah biru yang banyak memberi tunjuk ajar n support from A to Z..Dila harap sangat ukhuwah yang terbini tak stop sampai ni saja.

thats all untuk post ni..hopefully dpt up post2 baru lagi lpas ni..

Assalamualaikum  :)